Selain menjual mesin jahit dan alat jahitan, kami juga menawarkan khidmar servis berikut di kedai kami di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
TEMPAHAN SULAMAN
Kami menerima tempahan untuk sulaman untuk logo, tanda nama sekolah, sulaman patch, sulaman di tuala dan lain-lain jenis sulaman embroidery yang berkaitan. Untuk mendapatkan kos sulaman, kami memerlukan design sulaman yang anda hendak sulam dan juga size ukuran sulaman yang hendak dibuat. Anda boleh whatsapp ke 012-9289727 gambar logo yang hendak di buat beserta size. Kami akan kirakan kos yang diperlukan untuk membuatnya. Selain itu secara umumnya jika anda hendak menyulam tanda nama atau name tag sekolah, kosnya ialah RM10 untuk 4 keping.
Contoh-contoh sulaman yang kami pernah lakukan adalah seperti berikut:
KHIDMAT JAHIT TEPI
Kami juga mengadakan khidmat jahitan tepi biasa dan jahitan tepi halus untuk tudung di kedai kami di Bangi. Untuk tempahan kain perlu di hantar ke kedai kami di Bangi.
Harganya adalah seperti berikut
KHIDMAT JAHITAN LUBANG BUTANG
Kami juga menyediakan khidmat membuat lubang butang dan jahitan butang ke pakaian. Harganya ialah
1) 20 sen untuk setiap butang
2) 20 sen untuk setiap lubang butang
MEMBAIKI MESIN JAHIT
Kraf Ezee juga menyediakan khidmat untuk membaiki mesin jahit jenis portable dan industri pelbagai jenis dan brand. Kami adalah Authorized Service Center untuk mesin jahit Brother. Kami memiliki team technician sendiri untuk membuat khidmat membaiki mesin jahit. Untuk mesin jahit portable, mesin-mesin perlu di hantar ke kedai kami di Bangi untuk pembaikan atau servis. Manakala untuk mesin jahit industri, kami akan datang ke tempat anda untuk membuat pembaikan. Caj perjalanan mungkin akan di kenakan bergantung kepada jarak perjalanan.