
Semua model-model mesin jahit Brother boleh digunakan untuk menjahit pelbagai jenis pakaian dan barangan kraf. Secara umumnya tiada mesin jahit yang di buat khas untuk menjahit satu jenis pakaian sahaja. Jadi mana-mana model mesin jahit Brother dari yang paling murah ke paling mahal boleh digunakan untuk menjahit pakaian-pakaian seperti baju kurung, t-shirt, beg dan lain-lain.
Pada kami tiada istilah yang terbaik dan paling berbaloi untuk memilih mesin jahit. Ini bergantung kepada keperluan dan bajet yang anda ada untuk membeli mesin jahit. Jika anda hanya perlukan mesin jahit untuk membuat jahitan pada pakaian yang terkoyak, maka mesin jahit yang paling berbaloi untuk anda adalah mesin jahit yang paling simple dan murah, tidak perlulah anda membeli mesin jahit dengan pelbagai corak jahitan yang tidak akan digunakan.
Tetapi jika anda ingin menggunakan mesin jahit untuk membuat quilting, maka yang paling sesuai dan berbaloi adalah model-model mesin jahit berkomputer yang memiliki banyak jenis jahitan dan lebih besar ruang menjahitnya.
Jadi anda perlu tanya diri anda sendiri apa yang anda nak jahit untuk memilih model yang berbaloi dengan keperluan anda.
3)Model mesin jahit mana yang boleh jahit jeans dan langsir
Kesemua model-model mesin jahit Brother boleh digunakan untuk menjahit minima 2 lapis kain jeans dan langsir. Tiada model khas yang di perlukan untuk menjahit 2 lapis seluar jeans. Walaubagaimanapun, Brother ada mengeluarkan sebuah model baru berkomputer yang lebih kuat dan boleh menjahit kain dengan ketebalan yang lebih tebal iaitu Brother FS60X.
4) Model mesin jahit Brother mana yang paling lasak?
Kelasakan mesin jahit Brother adalah sama secara umumnya. Tiada model yang dibuat untuk lebih lasak dari model lain. Apa yang anda perlu ingat dan faham ialah mesin jahit portable tidak direka untuk menjahit secara pukal. Ini bermakna mesin jahit portable tidak sesuai untuk digunakan mengambil tempahan yang banyak. Ianya sesuai untuk kegunaan sendiri dirumah dan mengambil tempahan pakaian atau kraf yang tidak terlalu banyak. Sebagai contoh, kami berpendapat jika anda ingin menjahit maksima 3 pasang baju kurung sehari, mesin jahit portable Brother masih sesuai lagi untuk digunakan. Tetapi jika lebih dari ini untuk sehari, maka anda perlu mendapatkan mesin jahit industri.
- penggunaan berterusan tidak melebihi 4 jam. Mesin jahit perlu direhatkan selama 15-20 minit selepas penggunaan berterusan sebelum di sambung penggunaannya
- Menghantar mesin jahit untuk servis setiap 6 bulan jika kerap digunakan.
- Keupayaan menjahit kesemua model mesin jahit portable Brother adalah sama. Boleh digunakan untuk menjahit pakaian biasa, beg dan alatan kraf tanpa masalah. Tiada model spesifik yang dibuat untuk menjahit baju kurung sahaja sebagai contohnya.
- Perbezaan harga di antara setiap model adalah disebabkan oleh fungsi-fungsi jahitan yang berbeza di antara setiap model. Secara umumnya lagi mahal harga untuk mesin jahit tersebut:
- Lagi banyak paten dan jahitan yang boleh dilakukan oleh mesin jahit tersebut. Sebagai contoh model yang berharga RM749 hanya memiliki 14 jenis jahitan, manakala model berharga RM1799 ada 150 jenis corak jahitan.
- Lagi banyak fungsi tambahan lain seperti membuat lubang butang dengan mudah, ada butang start/stop, ada cutter dan lain-lain fungsi untuk memudahkan kerja menjahit anda
![]() |
Model Brother JA1450NT ini adalah model paling basic untuk Brother dan antara paling popular di antara pengguna beginner yang mahukan jahitan yang basic sahaja. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja. |
![]() |
Model Brother JK17B ini juga adalah model mesin jahit basic untuk beginner. Apa yang membezakan nya dengan moedl JA1450NT ialah jumlah jahitan pada mesin. JK17B memiliki 17 jenis jahitan manakala JA1450NT ada 14 jenis jahitan. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja. |
![]() |
Model Brother LX27NT ini juga adalah model yang sesuai untuk beginner. Model ini adalah antara yang paling popular di kedai kami. Ciri-ciri menarik model ni ialah ada 27 jenis paten jahitan, cara yang mudah untuk membuat lubang jahitan yang automatik dan anda boleh mengubah lebar dan jarak jahitan yang dikehendaki. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja. |
![]() |
Model Brother FS60X EXTRA TOUGH adalah model yang baru diperkenalkan oleh Brother. Apa yang istimewanya ialah model ini boleh digunakan untuk menjahit kain setebal 7 lapis (kami sudah cuba dan berjaya!). Di samping itu model ini juga datang dengan 60 jenis jahitan yang menarik. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja |
![]() |
Brother FS155 Ini pula adalah model mesin jahit dengan lebih banyak corak corak jahitan dan ada juga tulisan huruf yang boleh di jahit menggunakan mesin jahit ini. Juga datang dengan teknologi membuat lubang butang yang mudah dan menarik. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja |
![]() |
Mesin jahit Brother A80 adalah mesin jahit berkomputer dengan 80 jenis jahitan dan 8 corak lubang butang yang boleh dibuat secara automatik. Apa kelebihan model ini berbanding model Brother FS155? Secafa fizikalnya Brother A80 adalah lebih besar dari Brother FS155 dan ruangan menjahitnya juga lebih besar. Jika anda ingin membuat quilting dan juga menjahit pakaian biasa, model A80 ini adalah lebih sesuai untuk anda kerana ruangan yang besar tersebut akan membolehkan anda menggulung projek quilting anda dengan lebih senang. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja |
![]() |
Brother A150 pula datang dengan 150 jenis corak jahitan dan 10 jenis lubang butang di samping ada 4 jenis corak huruf yang boleh digunakan (Brother A80 tiada huruf). Seperti A80, model ini sangat sesuai untuk menjahit biasa dan juga quilting. Saiz dan bentuk mesinnya adalah sama dengan A80.Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja |
![]() |
Brother NV180 pula adalah mesin jahit dan mesin sulam 3 in 1. Sesuai digunakan untuk menjahit, membuat quilting dan juga menyulam pakaian seperti nama dan logo. Ianya lebih banyak fungsi jahitan dan anda boleh custom design untuk sulaman di samping menggunakan mesin ini untuk menjahit pakaian biasa. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja |
![]() |
Brother NV180D pula adalah abang kepada Brother NV180. Mesinnya adalah sama secara fizikal cuma warnanya berbeza. Fungsi jahitan dan sulaman juga adalah sama. Apa yang membezakan kedua-dua model ini ialah NV180D di kenali juga sebagai NV180 Disney kerana ianya memiliki corak-corak tambahan sulaman kartun disney. Spesifikasi mesin seperti kelajuan dan luas kawasan sulaman adalah sama untuk NV180 dan NV180D. Harga dan tawaran boleh berubah tanpa notis pada bila-bila masa sahaja |