GETSPECIAL DISCOUNT WITH SELECT SEWING MACHINE DEALS NOW.
GET YOUR LOGO NAME EMBROIDERY DONE WITH US NOW
Mesin Jahit Lurus 2in1 Dengan Mesin Jahit Tepi

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Kami seringkali menerima pertanyaan dari pihak pelanggan berkenaan kewujudan mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi 2 in 1. Ramai yang berminat untuk membeli mesin jahit seperti ini kerana banyak fungsi yang berguna. Walaubagaimanapun, dukacita kami maklumkan mesin jahit seperti ini belum wujud lagi di dunia ini. Belum ada lagi mesin jahit lurus yang boleh juga membuat jahitan tepi seperti mesin jahit tepi. 
 

Perkara ini wujud kerana ada penjual mesin jahit yang mengatakan bahawa mesin jahit lurus yang dijual mereka adalah 2 in 1 boleh menjahit tepi juga. Kami katakan benar dan juga tidak benar kerana maklumat yang diberikan tidak menyeluruh dan lebih kepada gimick marketing untuk menarik pelanggan ke kedai - kedai mereka. Jadi apakah yang di maksud oleh penjual penjual mesin jahit yang mengatakan mesin jahit mereka boleh digunakan untuk menjahit tepi?

 

Apa yang dimaksudkan ialah mesin jahit portable mereka ada paten jahitan yang boleh digunakan untuk membuat jahitan di tepi kain dan perlu digunakan dengan tapak-tapak khas untuk mesin jahit tersebut.

 

Contoh mesin jahit lurus yang ada paten jahitan yang boleh digunakan untuk membuat jahitan tepi ialah Brother LX27NT, Brother FS101 dan banyak lagi. Model Brother LX27NT adalah seperti di bawah

Mesin jahit portable brother LX27NT

Paten jahitan yang ada di mesin Brother LX27NT pula ada seperti berikut dan paten-paten jahitan tepi yang ada kami bulatkan.

paten jahitan mesin jahit brother

Berikut pula contoh tapak yang perlu digunakan dengan mesin ini untuk membuat jahitan tepi

Berikut pual mesin jahit tapi yang sebenarnya



Jadi anda mungkin tertanya-tanya apakah hasil jahitan jika di bandingkan? Berikut adalah perbandingannya. Kelemahan paling ketara dengan cara ini (menggunakan mesin jahit kurus portable dan tapak jahitan tepi) ialah apabila digunakan dengan kain yang lembut atau nipis, jahitan tepinya akan menjadi berkedut dan tidak kemas. Contoh gambar yang kami berikan kami buat menggunakan dengan kain interlining yang agak tebal

 

 

Berbeza kan? Pada pandangan kami, jika anda hanya ingin menggunakan jahitan tepi yang basic untuk kegunaan sendiri, anda boleh menggunakan tapak dan mesin jahit portable untuk melakukannnya. Tetapi jika anda ingin membuat pakaian untuk dijual, atau hendakkan jahitan tepinya lebih tahan lama, mahu tidak mahu anda perlu mendapatkan mesin jahit tepi yang sebenarnya.

Terima kasih

Leave a reply