Khidmat Baiki dan Servis Mesin Jahit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Anda tercari-cari di mana nak servis dan baiki mesin jahit anda? Di Kraf Ezee, kami boleh membantu anda untuk membaiki mesin jahit anda. Antara jenama yang biasa kami baiki dan servis adalah jenama Brother, JUKI, Singer, Okurma, Merrylock dan lain-lain lagi. Kesemua ini termasuk jenis home use sewing machine untuk kegunaan menjahit di rumah atau juga mesin jahit industri untuk kegunaan jahitan pukal.

 

Untuk mesin jahit jenis portable atau home use, anda perlu walk in dan hantar ke kedai kami di Bangi. Manakala untuk mesin jahit industri, kami akan datang ke tempat anda untuk membuat kerja-kerja servis

 

Terima kasih