
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kami mendapat banyak pertanyaan dari pihak customer yang mahukan mesin jahit mini yang murah. Untuk pengetahuan kami tidak menjual mesin jahit mini yang terlalu murah, pada kebiasaannya mesin jahit di bawah RM400, di sebabkan perkara-perkara berikut:
- Spare part mesin jahit tiada di pasaran. Bukan susah nak dapatkan, memang tiada. Jika ada major part yang rosak, alamatnya anda perlu membeli mesin baru
- Parts yang digunakan tidak berkualiti seperti yang kami terangkan di atas
- Kualiti jahitan lurusnya jauh lagi rendah. Banyak mesin jahit seperti ini yang kami servis di kedai mempunya masalah yang sama berulang kali, iaitu jahitan tidak lekat, jahitan tidak cantik. Ini berlaku di sebabkan oleh bobbin housenya tidak ada tensioner untuk menegangkan benang sebelum di kait oleh jarum. Jadi kadangkala jahitan akan ok, kadangkala akan tidak ok.
- Jika anda bernasib baik mendapat mesin jahit yang baik, maka nasib anda adalah baik, jika tidak, seperti kebanyakan pelanggan kami mereka akan terpaksa membeli mesin jahit yang baru
Jika anda memang hanya menggunakan mesin jahit untuk menjahit dalam kuantiti yang amat sedikit seperti menjahit seluar koyak, mesin ini boleh digunakan tp jika anda bercadang untuk menjahit pakaian untuk tempahan, kemungkinan besar anda akan menghadapi masalah setelah menggunakan mesin ini berulang kali.
Jadi kami berpandangan adalah lebih baik Tuan/Puan melaburkan sedikit kepada mesin jahit yang lebih tinggi harga dalam RM500 ke atas yang mana mesin-mesin ini boleh digunakan untuk jangka masa panjang dengan lebih baik.
Terima kasih