
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kalau kami adakan kursus asas Embroidery Digitizing atau teknik-teknik untuk menukar gambar ke sulaman dengan yuran sebanyak RM20 adakah anda beminat? Di dalam kursus ini kami bercadang untuk menerangkan perkara berikut
1) Prinsip-prinsip asas digitizing untuk dapatkan hasil yang terbaik
2) Masalah-masalah yang biasa di jumpai ketika digitizing
3) Masalah-masalah umum sulaman yang tidak cantik
Kami akan mengguna perisian Creative Drawing untuk demo. Prinsip-prinsip digitizingnya adalah universal yang mana kami percaya conceptnya terpakai untuk perisian lain yang sama taraf.
Perkara yang tidak akan kami sentuh ialah
- Teknik-teknik specific digitizng mengikut perisian yang anda guna. Sebagai contoh jika anda biasa menggunakan perisian Brother, kami tidak akan menunjukkan cara untuk digitize dengan perisian ini
- Perbandingan antara perisian-perisian lain
Jadi kelas ini adalah lebih kepada cara umum untuk dapatkan hasil yang kemas apabila anda digitize. Contohnya jika anda sulam dan dapati ada lompongan kecil di kawasan yang tidak sepatutnya ada, kami boleh cadangkan teknik-teknik melalui software untuk mengatasi masalah ini.
Contohnya seperti gambar di bawah. Jika berminat sila hubungi En Rafizi di 012-9289727.
Terima kasih